Tunai Janji Basmi Kemiskinan

2020-03-07 14:16:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125674668_15835030715561n

Presiden China, Xi Jinping menyeru semua pihak agar bertindak mengatasi impak wabak koronavirus baharu (COVID-19) sekali gus menggandakan usaha dan komitmen bagi memastikan kempen pembasmian kemiskinan di seluruh negeri mencapai matlamatnya untuk kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar.

Gesaan itu dibuat beliau semasa simposium bertema memperoleh kemenangan muktamad dalam pembasmian kemiskinan di Beijing, semalam.

Xi menegaskan bahawa usaha membantu penduduk desa yang hidup di bawah garis kemiskinan keluar daripada belenggu kepapaan menjelang tahun 2020 merupakan komitmen yang sungguh-sungguh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) kepada semua rakyat, dan mesti direalisasikan seperti mana yang dijanjikan.

Difahamkan, kadar kemiskinan dalam negeri menurun kepada 0.6 peratus daripada 10. 2 peratus, dengan jumlah penduduk miskin mencatat 5.51 juta pada hujung 2019 berbanding 98.99 juta pada hujung 2012.

Presiden ini menambah, dengan jayanya kempen membasmi kemiskinan dalam negeri, China akan mencapai matlamat pengurangan kemiskinan yang termaktub dalam agenda Pembangunan Lestari menjelang 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun ini, iaitu 10 tahun lebih awal daripada yang dijadualkan. Ini besarnya makna bagi China dan seluruh dunia. Pencapaian China tersebut memperlihatkan kebaikan pimpinan PKC dan sistem sosialis di negara ini.

图片默认标题_fororder_1125674668_15835069482341n

 

曹捷