Kelalaian Punca Wabak Menular

2020-03-24 14:11:13  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_mz

 

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison terus-terang menyatakan bahawa kebanyakan kes jangkitan COVID-19 yang dikesan di negaranya berasal dari AS.

Melihat penularan pantas wabak berkenaan, negara terbesar di Hemisfera Selatan itu bertindak menutup pintunya kepada kemasukan warga asing bermula malam 20 Mac.

Bagaimana semua ini berlaku?

Pada sepanjang Februari lalu, AS tidak mengambil sebarang langkah berkesan untuk melawan wabak COVID-19. Sebuah rencana yang disiarkan The Atlantic Monthly menganggap, ketika negara-negara lain mula menyedari wabak COVID-19 suatu ancaman terhadap kesihatan awam, pemimpin AS hanya melihatnya sebagai isu hubungan awam dan menafikan kewujudan masalah itu sebagai cara menanganinya. Pendekatan ini telah membawa untung dari segi politik, tetapi juga memburukkan lagi krisis kesihatan awam yang tidak dapat dielakkan.

图片默认标题_fororder_mz2

图片默认标题_fororder_mz3

Walaupun AS telah mengumumkan situasi darurat pada 13 Mac bahkan berjanji untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan, tetapi tiada satu pun yang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bekalan reagen pengesanan, katil di hospital dan bahan-bahan kegunaan pencegahan wabak tidak mencukupi. 

图片默认标题_fororder_mz4

Sekarang kes COVID-19 yang dilaporkan di AS telah mencecah 35,000, melonjak ke tempat ketiga di dunia. Walau bagaimanapun, kerajaan AS tetap mendakwa keadaan di banyak tempat serata negara tidak teruk. Pada masa kritikal ini, mereka lebih sibuk mencari pihak yang boleh dikambinghitamkan.

Ketika ini, AS terus-menerus mengenakan larangan kemasukan terhadap warga negara-negara Eropah dan sekutu lain. Larangan yang dilaksanakan bagaimanapun hanya sehala kerana meskipun pintu masuk ditutup, pintu keluar tetap luas terbuka hinggakan satu demi satu sekutunya ditenggelami wabak.

Dalam satu rencana yang disiarkan akhbar The Guardian Britain, Datuk Bandar London Sadiq Khan menekankan perlunya menyelaraskan ekonomi sejagat untuk menangani wabak COVID-19.

Katanya, koronavirus bukanlah “virus China” dan akan membawa impak kepada semua negara di dunia. Memandangkan AS enggan mengetuai usaha sama sejagat dalam perjuangan ini, tanggungjawab untuk menyatupadukan pemimpin sedunia kini letaknya pada bahu pemimpin Britain dan negara-negara lain di Eropah.

高蕾