Mustahil Barang Jadi Pembawa Virus

2020-03-26 14:20:53  CRI
Share with:

Tidak cukup dengan politikus yang memanggil wabak COVID-19 sebagai “virus China” dan “virus Wuhan”, ada pula pihak di dunia Barat yang menyebarkan khabar angin bahawa barang-barang yang diimport dari China membawa virus tersebut. Mereka ini bahkan menggalakkan orang ramai memboikot produk buatan China.

Jika difikirkan, tiada sebab lain untuk membuat tuduhan sebegitu kecuali sebagai gimik untuk mengecap China dengan stigma dan menimbulkan perselisihan antara China dengan negara-negara lain, demi keuntungan sendiri.

Telah lama diketahui bahawa virus COVID-19 tidak disebarkan melalui produk-produk keluaran negara yang dilanda wabak berkenaan. Fakta ini turut disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.

Menurut suatu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England, virus COVID-19 dapat hidup untuk seketika sahaja pada permukaan objek, yang paling lama cuma 72 jam jika melibatkan bahan plastik dan besi keluli. Dalam erti kata lain, asalkan langkah-langkah perlindungan dan penyahjangkitan telah diambil dengan sewajarnya, barang-barang tidak boleh menjadi vektor utama jangkitan virus.

Pada masa ini, COVID-19 telah dikesan di lebih 180 negara dan wilayah di seluruh dunia. Sekiranya diturutkan logik mereka yang mengatakan “produk buatan China membawa virus itu”, maka bukankah boleh juga dikatakan tiada lagi barang di dunia ini yang dapat terelak daripada terdedah kepada COVID-19?

China yang telah menyaksikan usaha kawalan wabaknya membawa hasil yang cukup positif, turut melakukan sedapat mungkin untuk membantu negara lain, sambil mendorong pengeluar domestik meningkatkan output supaya memudahkan negara-negara berkenaan memperolehi bahan-bahan yang diperlukan.

Stephen S. Roach, seorang penyelidik kanan dari Universiti Yale, dalam artikelnya menyatakan jika China dan Amerika Syarikat boleh bekerjasama melawan wabak itu, AS dapat membeli bekalan perubatan yang diperlukan dari China, yang akhirnya akan menyelamatkan nyawa lebih ramai rakyat AS sendiri.

Sudut pandangan ini bagaimanapun enggan diterima oleh sesetengah politikus negara itu, yang hanya berkira-kira hendak mengambil kesempatan daripada situasi semasa untuk “menghapuskan kaitan” dengan China, memperhebat dasar unilateralisme dan anti-globalisasi, serta menganggu hubungan dan kerjasama antara China dengan dunia luar.

高蕾