China Sumbang Reagen Ujian kepada Malaysia

2020-03-26 12:37:50  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_mx

Sebanyak 5,500 unit reagen ujian asid nukleik diserahkan secara rasmi oleh pihak China kepada Kementerian Kesihatan Malaysia petang semalam.

图片默认标题_fororder_mx2

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif bersama Kedutaan Besar China, Persatuan Syarikat China di Malaysia, syarikat pembangun projek rel Pantai Timur di bawah China Communications Construction (CCC), serta Mammoth Foundation Shenzhen dan Kumpulan Gen Huada (BGI).

图片默认标题_fororder_mx3

Upacara penyerahan dihadiri oleh Duta Besar China, Bai Tian, Pengerusi Persatuan Syarikat China di Malaysia, Zhang Min, Naib Pengurus Besar Projek Rel Pantai Timur CCC, Bai Yinzhan serta pegawai dari Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Reagen berkenaan dibangunkan oleh BGI, sebuah institusi pengajian genomik dan pembekal perkhidmatan yang terkemuka. Hasil penyelidikan mereka telah memperoleh sijil CR-IVD dan sijil penjualan bebas Kesatuan Eropah (EU), dan sedang digunakan di 30 negara dan wilayah termasuk Jepun, Brunei, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir. 

图片默认标题_fororder_mx4

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾