Pakar China, Malaysia Adakan Telesidang

2020-03-27 13:49:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg (2)

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg

Pakar kesihatan dari China dan Malaysia telah bertukar-tukar pendapat mengenai wabak koronavirus baharu (COVID-19) melalui telesidang semalam.

 

Sesi interaksi secara atas talian itu diatur atas permintaan kerajaan Malaysia dengan sokongan Kedutaan Besar China serta Pejabat Hal Ehwal Luar Bandar Shanghai, melibatkan lebih 70 pakar dari lebih 26 hospital dan institusi perubatan Malaysia. 

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg (1)

Bagi pihak China, Ketua Pengarah Jabatan Perubatan Pusat Klinik Kesihatan Awam Shanghai, Shen Yinzhong dan Pengarah Unit Pernafasan Hospital Tongji, Qiu Zhongmin menceritakan pengalaman diagnosis klinikal dan rawatan serta pencegahan dan kawalan wabak berkenaan.

Duta Besar China, Bai Tian pada telesidang itu menyatakan situasi wabak di China telah dikawal dengan berkesan pada masa ini. Sambil meneruskan kerja-kerja pencegahan dan kawalan di dalam negeri, kerajaan China turut memberikan sokongan dan bantuan sedapat mungkin kepada negara-negara lain untuk bersama-sama melawan wabak. Pendekatan seumpama ini turut menggambarkan konsep "komuniti berkongsi sesama insan" yang disarankan Presiden Xi Jinping.

Sejak situasi wabak COVID-19 di Malaysia memburuk, China mengekalkan komunikasi rapat serta membekalkan sokongan berupa teknologi dan bahan-bahan yang diperlukan sedapat mungkin, dengan harapan dapat menyumbang kepada perjuangan Malaysia menewaskan wabak.

Pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia pula menyatakan penghargaan atas sokongan ikhlas pihak China.

Malaysia dipercayai akan mendapat manfaat daripada perkongsian pengalaman dengan China, dan berharap telesidang yang diatur dapat membantu usaha pencegahan dan kawalan wabak serta rawatan pesakit.

高蕾