China Serah Barang Bantuan kepada Nepal

2020-03-30 13:19:16  CRI
Share with:

Bahan-bahan perubatan yang disumbangkan oleh provinsi Sichuan dan Kedutaan Besar China di Nepal telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan dan Populasi Nepal semalam.

Pada majlis penyerahan, Duta Besar China, Hou Yanqi menyatakan kerajaan China akan terus menyediakan bantuan kepada Nepal dan akan menghantar kumpulan perubatan ke negara itu sekiranya perlu.

Menteri Kesihatan dan Populasi Nepal, Bhanu Bhakta Dhakal pula berkata, kerajaan Nepal akan mengagihkan barangan tersebut kepada petugas di barisan hadapan di tujuh wilayah di seluruh negara dengan secepat mungkin.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas bantuan China pada saat kritikal ini.

Katanya, China telah mencapai kemenangan dalam perjuangan melawan wabak COVID-19 pada fasa sekarang. China sanggup berkongsi pengalaman dengan seluruh dunia, menghulurkan bantuan berupa barangan kepada negara-negara yang memerlukan, dan mengamalkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang sangat dikagumi.

王瑾