Kes COVID-19 Cecah 750,000 di Dunia

2020-04-01 14:07:39  CRI
Share with:

Sebanyak 754,948 kes jangkitan wabak COVID-19 telah dilaporkan di seluruh dunia setakat pukul 6.00 petang semalam waktu pusat Eropah (CET). 

Data terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan wabak tersebut telah dikesan di 202 negara dan wilayah, meragut nyawa 36,571 pesakit. 

Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, setakat pukul 5.00 petang 31 Mac waktu timur Amerika Syarikat (AS), jumlah kes yang dilaporkan di negara itu telah mencecah 181,099 dengan 3,606 daripadanya meninggal dunia. 

Setakat petang yang sama, jumlah kes jangkitan di Itali mencatat 105,792 dengan 12,428 kematian. 

Di Perancis pula, jumlah kes jangkitan meningkat kepada 52,128 dengan 3,523 kematian dilaporkan. 

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan dan Jaminan Sosial Britain, sebanyak 3,009 kes jangkitan baharu disahkan di negara itu dalam 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhannya 25,150. Sebanyak 1,789 pesakit telah meninggal dunia. 

王瑾