Peperiksaan Masuk Universiti Ditangguh Sebulan

2020-04-01 12:37:48  CRI
Share with:

Peperiksaan awam untuk memasuki universiti di China pada tahun ini akan ditangguhkan sebulan, untuk menjamin kesihatan para pelajar dan memastikan peperiksaan dijalankan dengan adil. Oleh itu, pengambilan mahasiswa baharu akan turut ditunda. 

Kementerian Pendidikan semalam memaklumkan, pihak berkuasa pelbagai tempat di China telah mengumumkan pembukaan semula sekolah atau jadual waktu baharu untuk menyambung sesi pembelajaran baru-baru ini. Kementerian menghendaki semua sekolah di serata negara mengatur rapi kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak serta menyusun pelan tindakan kecemasan sebelum sesi persekolahan dapat dimulakan semula. 

Pakar kesihatan berpendapat, penangguhan peperiksaan kemasukan universiti selama sebulan dapat mengurangkan risiko penularan wabak. 

Sejak wabak COVID-19 tercetus di China, pelajar tahun ketiga sekolah menengah atas yang bakal menduduki peperiksaan tersebut mengikuti pelajaran di rumah, keadaan yang pada umumnya telah menjejaskan persiapan mereka. 

王瑾