Konsensus G20, Laksana Peta Garisan Lawan COVID-19

2020-04-01 14:23:24  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) telah diadakan semalam melalui telesidang. Negara anggota G20 telah mencapai konsensus untuk bersama-sama melaksanakan peta garisan dalam usaha membendung wabak COVID-19, bagi menunaikan komitmen yang telah dibuat semasa sidang kemuncak khas yang diadakan kebelakangan ini. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semasa mesyuarat kali ini, peta garisan tersebut merangkumi beberapa aspek misalnya menyusun pelan tindakan bersama bagi melawan wabak, merumuskan langkah-langkah yang telah dan akan diambil, memaklumkan pendekatan jangka sederhana bagi memulihkan pertumbuhan ekonomi sejagat, dan menyelesaikan risiko kerapuhan hutang negara-negara berpendapatan rendah semasa memerangi wabak. 

王瑾