Pemimpin China, India Ucap Tahniah Ulang Tahun

2020-04-02 11:41:48  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari India, Ram Nath Kovind saling mengutus kawat tahniah atas ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik kedua-dua negara, semalam. 

Xi menyatakan, hubungan antara China dengan India telah menempuh jalan pembangunan yang luar biasa dalam tujuh dekad lalu. Hasil usaha bersama, kedua-dua negara menjalin perkongsian strategik demi kedamaian dan kemakmuran, dan sedang memupuk ikatan lebih erat antara dua rakan kongsi yang berorientasikan pembangunan. 

Beliau menyatakan, pertukaran dan kerjasama dua hala membabitkan pelbagai bidang pula kian diperkasakan, sedangkan penyelarasan dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa diperhebat. 

Xi turut menyatakan, beliau amat menaruh perhatian kepada hubungan dengan India dan bersedia melonjakkan hubungan tersebut ke tahap yang lebih tinggi. 

Kovind pula berkata, hubungan antara India dengan China telah melakar kemajuan ketara, yang sesuai dengan kepentingan satu sama lain malah amat penting bagi kedamaian dan kemakmuran serantau dan antarabangsa. Katanya, India komited bersama-sama China merapatkan ikatan perkongsian demi pembangunan. 

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya, Narendra Modi juga saling mengutus kawat tahniah. 

王瑾