Projek Utama Percepat Pulih Operasi

2020-04-02 13:50:01  CRI
Share with:

Beberapa projek utama yang melibatkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat telah disambung semula di China. Untuk menjamin kelancaran projek, pelbagai langkah turut diperkenalkan di peringkat tempatan bagi mempercepat proses kelulusannya. 

Naib presiden kanan teknologi dan pengeluaran BMW, Franz Decker menyatakan bahawa kilang baharu yang akan dibina di Shenyang, provinsi Liaoning dapat beroperasi mengikut jadual pada tahun 2022. Projek tersebut, yang merupakan salah satu projek modal asing utama di China, dilancarkan secara rasmi semalam. Selepas siap, kilang yang menelan pelaburan berjumlah 20 bilion yuan itu akan menjadi pangkalan pengeluaran terbesar BMW di seluruh dunia, juga tapak penyelidikan dan pembangunan (R&D) kedua terbesar syarikat terbabit selepas ibu pejabat di Jerman. 

Pada hari yang sama, sebanyak 103 projek utama di provinsi Heilongjiang turut disambung semula, sementara provinsi Jiangsu menyaksikan pemulihan operasi 283 projek. 

王瑾