WHO Sangkal Kecaman terhadap China

2020-04-02 14:00:48  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menyangkal kecaman beberapa media Barat yang mengutuk China mengeluarkan data mengenai wabak COVID-19 secara tidak terbuka dan telus. 

Ketua Program Kecemasan WHO, Dr. Michael Ryan berkata, data yang dikemukakan oleh negara-negara terbabit setiap hari mengandungi banyak bukti penting yang berdasarkan kajian santifik. WHO akan bekerjasama dengan setiap negara di dunia agar memperoleh data yang sebaik mungkin. 

Antara laporan awal berkaitan maklumat peluruhan virus (viral shedding) yang dikemukakan negara-negara terlibat, empat adalah dari China, dan Jerman, Singapura dan AS masing-masing satu. 

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, COVID-19 virus yang baru ditemui, terdapat banyak perkara yang tidak diketahui umat manusia termasuk kes jangkitan tanpa simptom. Jadi, semua pihak perlu bersikap terbuka dan memberi kepercayaan kepada mereka yang terbabit, sambil menentusahkan angka-angka yang diterima. 

王瑾