COVID-19: Kadar Sembuh di Tanah Besar 93.5%

2020-04-02 13:41:23  CRI
Share with:

Setakat tengah malam 31 Mac, sebanyak 130 lagi kes asimptomatik yang dikaitkan dengan wabak COVID-19 dilaporkan di Tanah Besar China, manakala 1,367 pesakit tanpa simptom masih dalam pemerhatian rapi. 

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC), Mi Feng dalam taklimat media di Beijing semalam memaklumkan, inilah kali pertama pihaknya melaporkan kes tanpa gejala. 

Mi berkata, pada 31 Mac, jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 yang sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital melebihi 76 ribu, iaitu 93.5%. Lebih sepertiga daripada kes jangkitan tempatan adalah pesakit teruk dan kritikal. 

Bagi pesakit yang asimptomatik dan orang yang berkontak rapat dengan mereka, kerja-kerja mengesan, memantau, mengkuarantin dan merawat mesti diperketat pada masa ini. 

王瑾