Seru Tindakan Terselaras Atasi Krisis

2020-04-11 15:27:09  CRI
Share with:

Dunia diseru mengambil tindakan terselaras untuk menghadapi krisis keselamatan kesihatan awam dan ekonomi global ekoran penularan wabak COVID-19.

Seruan dibuat bersama oleh 165 sarjana dan bekas tokoh politik termasuk bekas Perdana Menteri Britain, James Gordon Brown dan anggota Majlis Abad ke-21, kumpulan pemikir terkenal antarabangsa, dalam sepucuk surat kepada Kumpulan 20 (G20).

Mereka komited menyokong peranan pimpinan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam penyelarasan usaha sejagat melawan wabak serta langkah-langkah segera bagi merangsang pemulihan ekonomi global.

Dalam pada itu, pemimpin pelbagai negara harus menunaikan janji membekalkan dana USD8 bilion untuk keperluan melawan wabak mengikut permintaan Lembaga Pengawasan Kesiapsiagaan Global (GPMB), selain mengumpulkan USD35 bilion untuk membantu negara-negara yang lemah dari segi sistem kesihatan serta golongan yang mudah terjejas.

Antara langkah yang diperlukan termasuk menyediakan perkakasan perubatan penting, meningkatkan subsidi kepada anggota perubatan serta membantu negara-negara terbabit meningkatkan keupayaan untuk memulihkan operasi pengeluaran.

Para tokoh dan sarjana turut menyarankan supaya kempen mengutip derma dilancarkan di lingkungan global untuk berkongsi sumber bagi memenuhi keperluan segera kesihatan awam sejagat.

张弘