Pakar China Selesai Tugas di Myanmar

2020-05-14 14:33:38  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_2 中国驻缅甸大使陈海、缅甸仰光军区司令德鹏等送别专家组.JPG

Pasukan pakar perubatan tentera China pulang dari Yangon malam kelmarin selepas selesainya tugas membantu Myanmar melawan COVID-19.

Ketua jabatan perubatan tentera Myanmar, Mejar Jeneral Soe Win dalam majlis perpisahan melalui pautan video menyatakan bahawa panduan diagnosis dan kawalan COVID-19 yang disusun bersama pakar China dan Myanmar penting peranannya dalam usaha membendung wabak tersebut.

图片默认标题_fororder_3 专家组成员依依不舍.JPG

Ketua pasukan China, Bai Chong memberitahu bahawa sepanjang 19 hari lalu, pasukan China yang seramai enam anggota telah mengadakan pertukaran secara mendalam tentang kawalan wabak, pengesanan virus dan program rawatan bersama-sama teman seperjuangan di Myanmar. Beliau yakin tentera Myanmar mampu mengawal dan memerangi pandemik kali ini.

徐国玮