Thailand Buka kepada Pelancong China Oktober

2020-05-15 12:08:17  CRI
Share with:

Thailand sedang berusaha melawan wabak COVID-19, dan dijangka akan membuka semula pasaran pelancongan kepada warga China pada bulan Oktober.

Lembaga pelancongan Thailand semalam menyatakan bahawa langkah kawalan di negara itu beransur-ansur dilonggarkan, namun proses tersebut dijalankan dengan berhati-hati.

Untuk memudahkan kerja mengesan pergerakan pelancong, mereka hanya akan dibenarkan masuk dalam kumpulan kecil dan tidak digalakkan melancong secara bersendirian buat sementara waktu.

Sektor pelancongan merupakan tunggak ekonomi Thailand. Pada suku pertama tahun ini, negara itu menerima kedatangan 6.69 juta pelancong asing, iaitu 38% lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas. Pendapatan yang dijana sektor berkenaan juga menurun 63%.

China ialah sumber pelancong terbesar bagi Thailand. Pada suku tahun sama, jumlah pelancong China ke Thailand berkurang 60%.

覃淼