Ucapan Xi Dapat Respons Positif

2020-05-21 12:32:15  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_ad0b94b9-fc77-4c77-8c02-a0511b2c5604

Ucapan Presiden China, Xi Jinping semasa perasmian sesi ke-73 Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) mendapat respons positif dari seluruh dunia.

Profesor ilmu politik dan ekonomi dari Universiti Beni-Suef, Nadia Helmy dalam wawancara eksklusif Kumpulan Media China (CMG) semalam menyatakan bahawa saranan Presiden Xi bagi memperhebat kerjasama antarabangsa dalam perjuangan membendung pandemik COVID-19 memperlihatkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Beliau beranggapan inisiatif Presiden Xi pada 2017 untuk bersama-sama membina "Jalan Sutera Kesihatan”, suatu kaedah usaha sama kesihatan awam antarabangsa yang bersifat adil dan inklusif.

Konsep kerjasama tersebut sangat penting, terutama sekali dalam konteks penularan pandemik COVID-19 di dunia ketika ini.

Perpaduan dan kerjasama dianggap senjata paling kuat bagi menewaskan wabak.

周乔西