Sidang Tahunan CPPCC Buka Tirai

2020-05-21 16:40:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1590073116709_731xiao

Persidangan tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) membuka tirainya di Beijing petang tadi, yang diserikan dengan kehadiran Presiden Xi Jinping.

图片默认标题_fororder_kaimu1

Acara tahunan yang dijadualkan berlangsung mulai 3 Mac setiap tahun, buat julung kalinya ditangguh hingga suku tahun kedua akibat COVID-19.

Sebelum perasmian, Presiden Xi berserta seramai 2,000 orang anggota CPPCC bertafakur sebagai tanda memperingati para wira yang terkorban dalam perjuangan memerangi wabak.

图片默认标题_fororder_kaimu2

Difahamkan, laporan kerja kerajaan, draf kanun sivil pertama China serta isu-isu berkaitan pembangunan sosioekonomi negara akan menjadi bualan hangat ramai peserta sepanjang sesi selama tujuh hari itu.

  
董筱娉