China Terus Terang, Bagaimana Dengan Trump?

2020-05-21 13:39:23  CRI
Share with:
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam media sosialnya menyiarkan surat terbuka kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus baru-baru ini, yang mendesak supaya pembaharuan dilaksanakan dalam pertubuhan tersebut dalam masa 30 hari.
 
Surat terbuka tersebut yang turut mengugut bahawa AS akan menghentikan dana secara kekal jika desakan itu tidak dilaksanakan, telah dipersoalkan oleh media utama tempatan.
 
Semalam, akhbar The Washington Post telah menyenaraikan bukti-bukti, yang menunujukkan bahawa tuduhan Trump itu memetik laporan palsu, mempunyai kesilapan fakta dan bercanggahan sama sekali.
 
Menurut rencana The Washington Post sebelum ini, kerajaan China memilih untuk tidak bersembunyi, sebaliknya memberi peluang kepada negara-negara luar untuk melihat sendiri bagaimana pihaknya melawan wabak COVID-19.
 
Tetapi, bagaimana pula dengan Trump ketika waktu kritikal sekarang ini? Tatkala dunia sedang bekerjasama berjuang dengan wabak ini, Trump memilih tidak menyokong WHO, malah melunturkan keyakinan umum melalui suratnya sepanjang 5 halaman itu.
 
Perbuatan tersebut mungkin menjadikan AS "diasingkan" pada era kerjasama pelbagai hala ketika ini.
高蕾