Eropah Kesal AS Tarik Diri dari OST

2020-05-23 14:01:32  CRI
Share with:


Beberapa negara Eropah meluahkan rasa kesal terhadap keinginan Amerika Syarikat (AS) menarik diri dari Perjanjian Ruang Udara Terbuka (OST).

Menteri luar dari Perancis, Jerman, Belgium, Sepanyol, Finland, Itali, Luxembourg, Belanda, Czech dan Sweden dalam pengumuman bersama semalam berkata, OST adalah bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan keselamatan tentera melalui penerbangan pengawasan secara timbal balik di kawasan Eropah dan Atlantik. Mereka akan terus melaksanakan perjanjian yang masih berkuat kuasa. Anggota yang hendak menarik diri dari perjanjian itu memerlukan masa selama enam bulan untuk menyelesaikan prosedur berkenaan.


 

董筱娉