AS yang pernah ditimpa tragedi "Serangan 11 September" masih menyimpan luka lama berkaitan keselamatan negara. Ini dapat dilihat daripada deretan undang-undang yang digubal mereka untuk mempertahankan keselamatan dan kepentingan tanah air.
Namun, apabila melihat Hong Kong melindungi keselamatan negara mengikut undang-undang, mereka ini bagai cacing kepanasan pula.
Ternyata mereka bukanlah benar-benar memikirkan kesejahteraan Hong Kong, sebaliknya cuma mahu wilayah itu bertambah huru-hara. Ini dianggap mereka jalan untuk mengekang pembangunan China.
Tujuan China membentuk dan menambah baik sistem dan mekanisme penguatkuasaan berkenaan di Hong Kong adalah untuk memperkukuh keselamatan negara dan memperkuat asas "satu negara, dua sistem".
Langkah ini akan membolehkan wilayah itu memiliki sistem undang-undang lebih lengkap, order sosial lebih stabil serta iklim perundangan dan perniagaan lebih baik, yang kondusif kepada perkembangan sektor korporat.
Tumpuan yang diberikan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) terhadap undang-undang keselamatan negara membabitkan Hong Kong, jelas memperlihatkan tekad China yang tidak akan membiarkan sebarang niat jahat atau campur tangan dari luar.