544 Kes Baharu COVID-19 di Singapura

2020-06-03 12:48:47  CRI
Share with:

Sebanyak 544 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan di Singapura semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu 35,836. 

Daripadanya, 23,175 telah sembuh manakala 24 meninggal dunia.

Data menunjukkan kebanyakan kes baharu membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama, dan hanya 4 kes melibatkan warga tempatan atau pemastautin tetap.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, 99% kes baharu tersebut berkaitan dengan kes jangkitan yang sudah dikenal pasti dahulu.

Pada masa ini, seramai 331 orang sedang dirawat di hospital, manakala 12,306 orang diasingkan di komuniti perumahan.

覃淼