China, ASEAN Lancar Tahun Kerjasama Ekonomi Digital

2020-06-13 15:59:54  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_dongmeng1

Ekonomi digital memainkan peranan yang tidak dapat diganti dalam usaha memulihkan operasi pengeluaran, mendukung pembendungan penularan wabak COVID-19, serta menjamin dan menambah baik kehidupan rakyat.

Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Miao Wei berujar demikian pada majlis perasmian Tahun Kerjasama Ekonomi Digital China-ASEAN 2020 secara maya semalam.

图片默认标题_fororder_dongmeng2

Miao dalam ucapannya mengemukakan inisiatif yang menggariskan hala tuju kerjasama China dan ASEAN dalam sektor ekonomi digital. Ini termasuk menggalakkan pembinaan prasarana digital, serta memperhebat sinergi melibatkan teknologi 5G, Internet Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) dan Internet bagi sektor perindustrian.

图片默认标题_fororder_dongmeng3

Setiausaha Agung ASEAN,Lim Jock Hoi yang turut hadir menyatakan bahawa nisbah ekonomi digital dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka naik kepada 8.5% menjelang 2025 berbanding 1.3% yang direkodkan pada 2015.

China, pelopor dalam pembangunan infrastruktur ekonomi digital, dianggap sebagai rakan utama bagi ASEAN untuk memajukan ekonomi digital di rantau berkenaan.

周乔西