Xi, Boungnang Saling Utus Kawat

2020-06-16 13:30:36  CRI
Share with:

China berasa gembira atas peranan sendiri dalam usaha melawan wabak COVID-19 di Laos, dan bersedia memperhebat kerjasama antara satu sama lain untuk memenangi perjuangan berkenaan.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam kawatnya yang diutuskan kepada rakan sejawat, Boungnang Vorachith semalam.

Menurut Xi, China mementingkan perkembangan perkongsian antara parti kedua-dua negara, di samping giat mendorong persepakatan, membentuk komuniti berkongsi nasib dan memberi manfaat kepada rakyat.

Boungnang mengucapkan terima kasih atas bantuan China yang mempamerkan betapa kukuhnya ikatan persahabatan dan persaudaraan yang bersejarah lama serta semangat komuniti berkongsi nasib, yang turut menyumbang kepada usaha Laos dalam melawan wabak selain melindungi nyawa dan kesihatan rakyat. 

高蕾