Sidang Kemuncak ASEAN akan Diadakan secara Telesidang

2020-06-22 14:35:54  CRI
Share with:

Negara pengerusi bergilir ASEAN, Vietnam semalam mengumumkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 akan diadakan pada 26 Jun melalui telesidang.

Kementerian Luar Vietnam memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc akan mempengerusikan majlis pembukaan serta sidang pleno dan mesyuarat khas mengenai hak wanita pada zaman digital.

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Luar dan mesyuarat peringkat menteri Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan berlangsung pada 22 hingga 24 Jun.

Ekoran penularan pandemik COVID-19, Nguyen Xuan Phuc menulis surat kepada para pemimpin negara ASEAN pada bulan Mac, mengusulkan penangguhan sidang kemuncak ke-36 ini hingga hujung Jun.

胡星