Setiausaha Kampung Bimbing Petani Keluar dari Kemiskinan - Penduduk Sekampungnya Pindah ke Rumah Baharu

2020-06-29 16:43:16  CRI
Share with:

Kaunti Xide adalah salah satu daripada 7 kaunti yang masih belum terbebas dari belenggu kemiskinan di Gunung Liangshan, Provinsi Sichuan, China.

图片默认标题_fororder_yz

Kampung Zhongba merupakan satu-satunya kampung berpenduduk lebih 1,000 orang dan pada Mac 2020, wartawan Kumpulan Media China (CMG), Liu Chao ditugaskan untuk menyandang jawatan setiausaha kampung selama dua tahun.

Setelah berkhidmat selama lebih dua bulan, Liu Chao berkata, walaupun kehidupan di situ tidak semudah di bandar raya, namun beliau gigih untuk menyesuaikan diri dengan suasana berkenaan, iaitu sama seperti kehidupan penduduk setempat.

图片默认标题_fororder_yz2

Pada 4 Jun, Liu Chao menyaksikan banjir batu dan lumpur buat julung-julung kalinya sepanjang hidup beliau dan beliau mengetuk setiap pintu keluarga kampung serta berjaya mengelakkan daripada kemalangan jiwa dan kecederaan.

图片默认标题_fororder_yz3

Liu kemudiannya memimpin rakyat melakukan pembersihan pasca bencana dan menyambung semula pengeluaran dan kehidupan.

图片默认标题_fororder_yz4

Menurut laporan, masalah perumahan yang dihadapi oleh 410 keluarga miskin telah berjaya diselesaikan menerusi pemindahan ke kompleks perumahan baharu yang dilengkapi dengan sekolah rendah dan tadika.

高蕾