Ulang Tahun Ke-99 PKC: Jiwa dan Keteguhan Hati Anggota PKC

2020-06-30 14:00:52  CRI
Share with:

1 Julai 2020 merupakan ulang tahun ke-99 Parti Komunis China (PKC). Dari kira-kira 50 orang anggota sahaja semasa mula-mula ditubuhkan, hingga menjadi parti politik yang terbesar di dunia, PKC mengalami angin hujan selama hampir seratus tahun, namun kekal dinamik.

Pada 31 Oktober, 2017, Presiden Xi Jinping mengetuai anggota tetapBiro Politik Pusat PKC yang baharu khusus untuk melawat ke Shanghai dan Jiaxing, provinsi Zhejiang untuk mengunjungi tapak sejarah mesyuarat pertama pusat PKC dan “kapal merah” Jiaxing serta mengimbau kembali sejarah penubuhan PKC dan mengulangi sumpah keanggotaan PKC.

图片默认标题_fororder_微信图片_20200630121230

(gambar)Dewan Peringatan Tapak Mesyuarat Pertama Pusat PKC di Shanghai, 2019

图片默认标题_fororder_微信图片_20200630135640

Sejak kongres kebangsaan ke-18 PKC diadakan, Presiden Xi telah menjejak kaki ke semua kawasan miskin tegar di seluruh China. Pada masa itu, beliau mengadakan sidang perbincangan membasmikan kemiskinan selama 6 tahun berturut-turut, selain turut membincangkan langkah menangani masalah kemiskinan bersama-sama para wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) selama 8 tahun berturut-turut.

Tatkala menghadapi wabak COVID-19, PKC tegas memperlihatkan keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat sentiasa diutamakan.

图片默认标题_fororder_微信图片_20200630121239

Mengulas mengenai kesanggupan PKC untuk menanggung semua kos dalam melindungi kesihatan rakyat dan memimpin rakyat untuk bebas daripada kemiskinan, Xi berkata, parti itu tiada kepentingan individu, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat tidak kira dalam apa jua situasi.

图片默认标题_fororder_微信图片_20200630121242

Untuk menghadapi masa depan, Xi menegaskan, semua anggota PKC perlu terus berusaha dengan gigih demi rakyat.

 

张宪