Pelancongan Global Rugi USD1.2 Trilion Akibat COVID-19

2020-07-02 12:50:16  CRI
Share with:

Satu laporan diumumkan Sidang Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD) mendedahkan ekoran impak wabak COVID-19, industri pelancongan global yang sudah terhenti selama hampir 4 bulan menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya USD1.2 trilion (RM5.1 trilion), iaitu bersamaan dengan 1.5% Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) global.

Menurut laporan tersebut, impak wabak terhadap industri pelancongan di negara-negara membangun dilihat lebih serius. Dapatan UNCTAD mengambil kira jika senario terburuk berlaku, KDNK di Jamaica dan Thailand dijangka akan berkurang 11% dan 9% disebabkan kemerosotan industri pelancongan, sementara KDNK Kenya, Mesir dan Malaysia turut dijangka akan merosot melebihi 3% berikutan impak wabak COVID-19.

Selain itu, industri makanan dan minum serta hiburan juga terjejas, sehingga mengakibatkan pengangguran dan pemotongan pendapatan. Sehubungan itu, UNCTAD menyeru pelbagai negara agar mengintensifkan jaminan sosial supaya membantu mereka yang terpalit dalam kesukaran ekonomi.

 

 

张宪