Iraq Gesa Tentera Turki Henti Serangan

2020-07-05 14:45:33  CRI
Share with:

Turki digesa segera menghentikan serangan yang dianggap mencabul kedaulatan Iraq, di samping memikul tanggungjawab ke atas pengorbanan nyawa dan kerugian harta benda dari segi undang-undang dan moral.

Jurucakap Perdana Menteri Iraq dalam kenyataan semalam menegaskan bahawa tentera Turki telah berulang kali melancarkan serangan di wilayah Iraq. Tindakan tersebut bukan sekadar merosakkan keamanan serantau, malah mencabul hak kedaulatan, nyawa dan harta benda negara itu.

Iraq dalam dua surat bantahan yang diserahkan kepada kedutaan besar Turki sebelum ini, menuntut hak negaranya untuk menamatkan serangan tentera seumpama di bawah rangka undang-undang antarabangsa.

 

周乔西