Kes Langgar Undang-undang Keselamatan Negara Dibicara di HK

2020-07-05 15:13:10  CRI
Share with:

Seorang lelaki warga Hong Kong berusia 23 tahun ditahan pada 3 Julai kerana melanggar undang-undang keselamatan negara yang melibatkan wilayah itu.

Suspek menghadapi tuduhan jenayah menghasut kegiatan pemisahan dan keganasan.
 
Sehubungan dengan itu, Setiausaha Keselamatan Hong Kong, John Lee Ka-chiu dalam temu bual bersama CGTN berkata, kes itu akan dibicarakan di Hong Kong dan suspek berkenaan tidak akan dihantar ke Tanah Besar China.
Tambah beliau, warga Hong Kong menikmati hak kebebasan bersuara dan berhimpun, namun ia mesti mematuhi undang-undang.

 

张哲