Brazil: COVID-19 Bermula Lagi Awal

2020-07-06 14:21:03  CRI
Share with:

Kehadiran virus COVID-19 telah dikesan dalam sampel air kumbahan dari parit Florianopolis di Santa Catarina, Brazil yang dikutip pada November tahun lalu.

Menurut kumpulan pakar Universiti Persekutuan Santa Catarina (UFSC), dapatan itu bermakna virus terbabit sudah muncul di benua Amerika dua bulan awal daripada pengumuman rasmi kes positif pertama, iaitu kes dari Amerika Syarikat (AS) pada 21 Januari. Ini juga tiga bulan awal daripada pengumuman kerajaan Brazil mengenai kes pertama pada hujung Februari.

Sebelum ini, Universiti Kolej London (UCL) Britain telah menganalisis data gen virus COVID-10 dari lebih 7,500 pesakit di seluruh dunia, dan mendapati jangkitan paling awal daripada haiwan kepada manusia berlaku pada hujung 2019, bermakna penularannya di dunia bermula pada tahun lepas.

Finland dan Australia antara negara lain yang sedang memastikan masa bermulanya penularan wabak berkenaan menerusi pemeriksaan air kumbahan. Pakar dari Sepanyol menganggap hasil pemeriksaan seumpama dapat memberi hala tuju baharu bagi kajian berhubung pemerebakan virus. 

高蕾