Apabila Yang Terkuat Jadi Terlemah

2020-07-06 12:32:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_a1

Data Universiti John Hopkins menunjukkan setakat pukul 5.34 petang semalam Waktu Timur Amerika Syarikat (AS), sejumlah 2,874,396 kes jangkitan COVID-19 telah dilaporkan di negara itu termasuk 129,870 kematian. Walaupun pakar kesihatan dan pegawai kerajaan tidak henti-henti merayu, namun masih ada penduduk AS yang berdegil tidak menghiraukan nasihat. Ini membawa cabaran yang cukup besar kepada pencegahan dan kawalan wabak pada cuti sempena Hari Kemerdekaan pada 4 Julai lalu, yang menyaksikan tempat-tempat peranginan seperti tepi pantai dibanjiri pelancong. Tambahan pula, banyak penerbangan domestik dipenuhi penumpang, yang ramai daripadanya tidak mengikut langkah pencegahan diatur syarikat penerbangan. 

图片默认标题_fororder_a2

Kenaikan mendadak kes jangkitan COVID-19 turut mendatangkan tekanan besar kepada sistem perubatan AS. Jumlah pesakit yang diwadkan di negeri Arizona, Texas dan tempat-tempat lain baru-baru ini telah mencatat satu rekod baharu. 

Pada 1 Julai, Kesatuan Eropah (EU) membuka sempadannya kepada lebih 10 negara, namun AS khusus dikecualikan kerana prestasi buruknya dalam membendung wabak. 

图片默认标题_fororder_a3

Ketua program kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan dalam sidang media di Geneva semalam berkata, benua Amerika ialah kawasan yang paling teruk terjejas akibat wabak COVID-19, sementara AS negara yang paling teruk terkesan. Katanya sesetengah negara ingin cepat menghidupkan semula ekonomi walaupun keadaan wabak masih teruk, dan tidak mempertimbangkan sepenuhnya keperluan pencegahan dan kawalan wabak. Perhimpunan secara besar-besaran masih diadakan sedangkan langkah-langkah yang terbukti berkesan termasuk memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial dipersoalkan, sehingga virus menular dengan mudah dan cepat.

曹捷