Tokoh Britain Kritik Gangguan Barat

2020-07-06 13:12:24  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1593953017104_595_478x363

Tokoh media dan akademik terkenal Britain, Martin Jaques mengkritik cubaan negara-negara Barat untuk menghalang undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong yang dikuatkuasakan China sejak akhir-akhir ini. 


Dalam siri artikel yang disiarkan melalui sosial Jumaat lalu, Jaques menegaskan bahawa negara-negara Barat juga akan mengambil langkah serupa dengan China, dan tiada yang akan membiarkan sahaja berleluasanya keganasan dan kemusnahan di bandar-bandar utama selama beberapa bulan. 

图片默认标题_fororder_1593953041196_540_317x447
 

Menyentuh gerakan kekerasan di Hong Kong, dunia Barat mesti bertanggungjawab kerana mereka antara yang menyokong pemprotes melampau itu dari belakang. Negara-negara Barat tidak akan membiarkan kekerasan dan vandalisme yang menjejaskan keselamatan masyarakat awam, namun mereka berpura-pura tidak melihat apabila yang sama berlaku di Hong Kong. 

Jaques menyifatkan dasar “satu negara, dua sistem” sebagai satu konsep yang mengagumkan dari dulu hingga kini. Konsep tersebut milik China, bukannya Britain. Britain yang enggan mengakui sejarah penjajahannya sudah berakhir, suka melihat "dua sistem" tersebut sebagai satu sistem China dan satu sistem Britain. Mereka berpura-pura bahawa Hong Kong milik dunia Barat, maka tidak teragak-agak untuk mencampuri urusan wilayah itu.

曹捷