Israel Bom Sasaran Hamas di Gaza

2020-07-06 11:37:03  CRI
Share with:

Tentera Israel semalam mengesahkan pihaknya telah mengebom beberapa sasaran ketenteraan milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di utara Genting Gaza.

Menurut kenyataan pihak Israel, militan di Genting Gaza melancarkan tiga peluru roket ke selatan Israel pada hari sama, namun tidak mengakibatkan sebarang kematian ataupun kecederaan. Sebagai tindak balas, pesawat perang Israel mengebom beberapa sasaran ketenteraan milik Hamas di utara Genting Gaza.

Setakat ini, belum ada sebarang kumpulan tampil mengaku mereka melancarkan serangan peluru roket terbabit, namun pihak Israel mendakwa Hamas harus bertanggungjawab atas segala kekerasan dan akibatnya di kawasan Gaza.

张宪