5 Pelajar Buta Ikuti Peperiksaan Awam untuk Memasuki IPT

2020-07-07 12:57:27  CRI
Share with:

Peperiksaan awam untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) China bagi tahun 2020 bermula pada hari ini.

Dimaklumkan dari Kementerian Pendidikan China, terdapat lima pelajar buta dari Shanxi, Anhui, Shanghai dan Tibet mengikuti peperiksaan tersebut dengan menggunakan tulisan braille.

Peperiksaan masuk IPT dalam tulisan braille itu mula diperkenalkan di China pada tahun 2014.

Pada tahun lepas, calon buta dari provinsi Anhui telah mendapat 551 markah, iaitu melebihi 55 markah daripada syarat wajib yang ditetapkan untuk kemasukan ke IPT China dan diterima oleh Universiti Perubatan Tradisional Anhui.

王瑾