CDC: AS Lambat Sedar Ancaman COVID-19 dari Eropah

2020-07-30 13:07:01  CRI
Share with:

CDC: AS Lambat Sedar Ancaman COVID-19 dari Eropah_fororder_beimei0730b

 

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), Robert Redfield ketika diwawancara ABC pada 28 Julai buat kali pertamanya mengakui bahawa kerajaan Donald Trump lambat menyedari ancaman virus COVID-19 dari Eropah yang mengakibatkan wabak tersebut menular secara besar-besaran di negara itu.

 

CDC: AS Lambat Sedar Ancaman COVID-19 dari Eropah_fororder_beimei0730a

CDC: AS Lambat Sedar Ancaman COVID-19 dari Eropah_fororder_beimei0730d

Menurutnya, virus COVID-19 menular ke Amerika Syarikat (AS) sebelum kerajaannya menyedari masalah tersebut. Namun, setelah kerajaan AS menyedari ancaman dan mengeluarkan larangan perjalanan dari Eropah, kira-kira 60 ribu orang dari Eropah  masuk wilayah AS setiap hari dalam masa dua hingga tiga minggu, sekali gus menjadi punca utama wabak kali ini menular secara besar-besaran.

Redfield berkata, kerajaan persekutuan dan Jabatan Kesihatan mempunyai banyak kelemahan dan membuat banyak kesilapan untuk menangani wabak kali ini meskipun pelbagai usaha yang dilaksanakan.

 

CDC: AS Lambat Sedar Ancaman COVID-19 dari Eropah_fororder_beimei0730c

 

Beliau berharap rakyat dapat bersama-sama bertindak selaras dengan apa yang disarankan dalam memerangi wabak termasuk memakai penutup mulut dan hidung.

王瑾