Pelaksanaan PKP yang Longgar, Punca Jumlah Kes Melambung di AS

2020-08-01 15:14:54  CRI
Share with:

Pelaksanaan PKP yang Longgar, Punca Jumlah Kes Melambung di AS_fororder_fq2

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang longgar dianggap punca utama mengakibatkan jumlah kes positif COVID-19 melambung di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Demikian dinyatakan anggota utama kumpulan White House menangani wabak COVID-19, Anthony Fauci dalam testimoni Dewan Perwakilan Rakyat semalam.

Pelaksanaan PKP yang Longgar, Punca Jumlah Kes Melambung di AS_fororder_fq

Menurut beliau, PKP dan arahan "berada di rumah" berjaya dilaksanakan di lebih 95% kawasan di Eropah, namun hanya dapat dilaksanakan di separuh tempat di negaranya. Inilah sebab wabak berkenaan dapat dibendung di Eropah sedangkan gagal dikawal di AS. Malah, terdapat sebahagian negeri tidak mengikuti panduan White House untuk memulihkan ekonomi secara berperingkat.

Dimaklumkan, setakat semalam, 4.56 juta kes dilaporkan di AS, dan lebih 153,000 daripadanya maut.

高蕾