Sukar Untuk AS Tewaskan COVID-19

2020-08-04 14:32:44  CRI
Share with:

Sukar Untuk AS Tewaskan COVID-19_fororder_juj

Amerika Syarikat (AS) dilihat sukar untuk menewaskan pandemik COVID-19 susulan kadar jangkitan tempatan yang tinggi ketika ini.

Jelas bekas Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) AS, Scott Gottlieb, trend menunjukkan bahawa wabak akan terus-menerus merebak tanpa henti di pelbagai tempat di negara itu.

Beliau yang diwawancara CBS pada 2 Ogos berpendapat bahawa  usaha membendung wabak memerlukan pendekatan bersepadu secara menyeluruh dari akar umbi hinggalah ke peringkat paling atas, dengan strategi yang disusun rapi.

Namun katanya, perkara yang sebaliknya pula dilihat sedang berlaku di AS.

董筱娉