Fitnah Pompeo mengenai Xinjiang Takkan Diterima

2020-08-04 14:56:56  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo baru-baru ini mendakwa pemasangan monitor di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang bersifat 'intrusif'.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin semalam berkata tuduhan seperti itu semata-mata untuk menjejaskan kestabilan dan kemakmuran wilayah berkenaan. Langkah yang diambil kerajaan Xinjiang adalah untuk memperkukuh tadbir urus masyarakat melalui penggunaan sains dan teknologi moden, bukannya suatu bentuk pengawasan terhadap etnik minoriti seperti yang didakwa Pompeo.

Wang berkata AS sendiri juga menggunakan produk sains dan teknologi moden untuk meningkatkan taraf tadbir urus masyarakat, dan ini menjadi kelaziman antarabangsa. Pemasangan monitor di Xinjiang bukan menyasarkan mana-mana etnik tertentu, tetapi untuk mencegah dan membanteras jenayah, sekali gus dan menjamin keselamatan orang awam.

徐国玮