COVID-19: Ujian Getir Menanti AS

2020-08-04 15:07:09  CRI
Share with:

 

Pengarah Program Kawalan Jangkitan Hospital Universiti Geneva, Didier Pittet mengkritik kerajaan Amerika Syarikat (AS) kerana melakukan kesalahan besar dalam menghadapi wabak COVID-19, iaitu mendahulukan pembangunan ekonomi berbanding kesihatan rakyat, sehingga mengundang malapetaka.

Pittet berpendapat, COVID-19 dipergunakan sebagai buah catur dalam permainan politik di AS apabila pelbagai peringatan dan amaran diberikan oleh pakar, namun terus diabaikan kerajaan.

Padahnya, ekonomi negara itu kini goyah sambil diasak situasi wabak yang kritikal, manakala operasi sistem kesihatan pula terkena tempias teruk.

Bagi dunia ini pula, kelemahan AS dalam menguruskan pandemik juga boleh mengundang risiko kepada negara-negara yang berjaya mengawal penularan wabak.

董筱娉