China, Korea Selatan Setuju Meterai RECP Tahun Ini

2020-08-04 13:02:58  CRI
Share with:

China, Korea Selatan Setuju Meterai RECP Tahun Ini_fororder_815fa01b7a604d209e5b73bc9d1de40e_16x9

China dan Korea Selatan bersetuju untuk menggalakkan pemeteraian

perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mengikut jadual pada tahun ini.

Dalam mesyuarat suruhanjaya bersama ekonomi dan perdagangan China-Korea Selatan ke-24, kedua-dua negara bersepakat menggalakkan fasa kedua rundingan, aktif mengadakan pelbagai kegiatan ekonomi dan perdagangan, saling menyokong pelaburan syarikat berprestij, merancakkan kerjasama dalam pelbahai sektor menerusi sinergi perindustrian, di samping memupuk pemangkin pertumbuhan baharu pada era pasca wabak COVID-19.

Dalam pada itu, usaha hendaklah dilakukan demi merapatkan kerjasama pembinaan taman industri China-Korea Selatan, menyelaraskan koordinasi serantau dalam rangka multilateral, merealisasikan pemeteraian RECP pada tahun ini, menggalakkan rundingan perjanjian perdagangan bebas China, Jepun dan Korea Selatan, memelihara sistem perdagangan multilateral, dan membina ekonomi dunia yang terbuka. 

覃淼