Dahulukan Politik, Rakyat Merana

2020-09-15 15:00:41  CRI
Share with:

Bahana perbuatan pemimpin mendahulukan politik daripada sains, rakyat Amerika Syarikat (AS) merana menanggung ancaman wabak COVID-19 yang ketika ini sudah pun meragut hampir 200,000 nyawa di negara itu.

CNN memetik laporan Sekolah Kesihatan Awam Universiti California Berkeley yang menganggarkan jumlah sebenar kes jangkitan di AS kemungkinan 3 hingga 20 kali ganda lebih tinggi daripada angka yang disahkan sekarang. Kesimpulan ini menyokong dapatan kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Julai lalu bahawa angka sebenar jauh lebih tinggi daripada yang dijangka.

Tidak sukar untuk melihat sebabnya AS, satu-satunya kuasa terbesar dunia, gagal membendung penularan COVID-19 kerana sejak awal lagi percaturan politik yang lebih dipentingkan dan bukannya sains.

Meskipun ramai pakar kesihatan telah menegaskan pentingnya ketelusan dan kelancaran maklumat dalam perjuangan melawan COVID-19, namun Washington beranggapan menyembunyikan kebenaran dapat mengekang penularan wabak. Untuk mengelakkan orang ramai mengetahui keadaan sebenar, mereka menyekat kerja ahli sains dan mendiamkan suara pakar kesihatan, perbuatan yang jelas menunjukkan kecenderungan menentang arus intelektual dan sains.

Kini semakin ramai sudah kenal akan wajah sebenar politikus AS, yang sanggup mempolitikkan isu sains dan meletakkan kepentingan peribadi lebih tinggi daripada nyawa manusia. Akibatnya, nyawa rakyat tergadai, masyarakat tempatan makin berpecah-belah dan imej negara di persada dunia runtuh. Masakan mereka ini yang mampu "menjadikan AS unggul kembali"?

徐国玮