Melangkah ke Hidup Lebih Bahagia – Bangunkan Pelancongan di Pedalaman Tibet

2020-09-16 15:08:50  CRI
Share with:

Melangkah ke Hidup Lebih Bahagia – Bangunkan Pelancongan di Pedalaman Tibet_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6012_8256d6b2-755f-43d2-ad6d-bea789f29587

Lebugou, yang terletak di bandar Shannan, Tibet di kawasan hilir arus utama sungai Yarlung Zangbo, kaya dengan rimbunan hutan serta pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan.

Jika dilihat dari jauh, tempat itu memiliki keindahan landskap yang luar biasa dengan kehadiran flora yang subur menghijau. Dikelilingi alam semula jadi yang indah, bangunan kediaman yang disusun secara deretan memaparkan seni bina etnik Menba. Di situlah terletaknya kampung Mama yang berpenduduk etnik Menba di kawasan sempadan.

Sejak komuniti kediaman tersebut siap pada 2015, kampung Mama mendapat keutamaan dan perlindungan kerajaan tempatan dalam pelaksanaan pelan pembangunan berteraskan sektor pelancongan, yang dianggap sebagai satu perintisan penting.

Kini, kampung itu makin terkenal sejak mempromosikan produk pelancongan yang tersendiri, antaranya termasuk inap desa, kedai makan, restoran teh dan kedai cenderamata.

Melangkah ke Hidup Lebih Bahagia – Bangunkan Pelancongan di Pedalaman Tibet_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_1d369567-9659-4582-8d2a-66e3ea156d5c

Selain itu, suasana tempat tinggal di situ juga bertambah baik setelah dilengkapi dengan kemudahan awam seperti bekalan air minum, rangkaian internet dan jalan raya sehingga nama kampung Mama makin menjadi bualan selepas mendapat tumpuan pelancong.

Bertolak dari kampung Mama menuju ke selatan, terdapat juga sebuah kampung yang didiami penduduk etnik Menba. Itulah kampung Le, yang memfokuskan kepada pertanian dan penternakan.

Berikutan kedudukan geografi dan cuacanya yang sesuai, kampung itu terkenal dengan pengeluaran daun teh dataran tinggi, hingga membantu masyarakat tempatan menjana pendapatan.

张哲