Pertemuan Pemimpin China, Eropah Berhasil

2020-09-16 14:01:49  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping kelmarin mengadakan pertemuan secara dalam talian bersama Canselor Jerman, Angela Merkel serta Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbing dalam sidang akhbar semalam menyatakan pertemuan tersebut yang merupakan satu agenda peringkat tinggi bagi kedua-dua pihak, membuahkan pelbagai hasil yang memberangsangkan.

Katanya, kedua-dua pihak turut menandatangani perjanjian berkaitan penanda geografi yang menunjukkan komitmen untuk mempertahankan kebebasan dan keterbukaan perdagangan, di samping menyokong sistem perdagangan berasaskan multilateralisme, pastinya menyuntik penggerak baharu kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Eropah.

Persepakatan yang dicapai untuk mempercepat rundingan perjanjian pelaburan dua hala agar dapat dimuktamadkan pada tahun ini, menandakan kemajuan signifikan telah dicapai dalam proses rundingan berkenaan.

Selain itu, dialog peringkat tinggi mengenai alam sekitar dan bidang digital yang akan diatur, memberi isyarat positif bahawa China dan Eropah akan bergabung tenaga bagi menangani masalah perubahan iklim dan merancakkan kerjasama dalam bidang digital melalui jalinan perkongsian melibatkan dua aspek tersebut.

Para pemimpin yang hadir ke pertemuan tersebut juga bersependapat adalah untuk perlunya memperkukuh sinergi antarabangsa bagi melawan pandemik COVID-19, menggalakkan pemulihan ekonomi serta penyelesaian isu antarabangsa dan serantau secara politik.

胡星