Imej China Terus Naik

2020-09-16 15:11:34  CRI
Share with:

Imej negara China di arena antarabangsa terus-menerus meningkat, menurut dapatan kaji selidik Akademi Pengajian China dan Dunia Kontemporari (ACCWS).

Laporan Tinjauan Global Imej Negara China 2019 yang disiarkan ACCWS semalam turut menyebut bahawa dunia kini sedang menanti-nantikan imej China selaku penyumbang kepada pembangunan sejagat.

Tinjauan terbabit dijalankan secara serentak di 22 negara dengan melibatkan 11 ribu responden, mendapati populariti China dalam kalangan orang asing yang ditinjau terus naik pada tahun lalu. Lebih 60% daripada mereka berpendapat imej negara China terus meningkat pada keseluruhannya sejak Republik Rakyat China ditubuhkan 70 tahun lalu, dan mereka mengiktiraf pencapaian China sepanjang tempoh tersebut.

Ekonomi dan teknologi antara bidang yang para responden menantikan China memainkan peranan lebih besar. Sebanyak 68% daripada mereka percaya China memiliki daya inovasi yang kuat, dan kereta api berkelajuan tinggi muncul sebagai pencapaian yang paling meluas diketahui orang asing dalam bidang sains dan teknologi.

Sementara itu, kuisin, perubatan tradisional dan wusyu dianggap paling simbolik bagi budaya China.

徐国玮