Xi Mahu Lihat Xinjiang Maju

2020-09-27 12:13:46  CRI
Share with:

Xi Mahu Lihat Xinjiang Maju_fororder_1126544667_16011268391011n

Presiden Xi Jinping mahu usaha dilipatgandakan untuk membangunkan Xinjiang yang selaras sosialisme bercirikan China pada era baharu.

Perkara itu ditekankan oleh beliau dalam simposium pusat ke-3 mengenai kerja-kerja berkaitan Xinjiang yang diadakan di Beijing pada 25 dan 26 September.

Xi mengarahkan agar pemodenan sistem dan kemampuan tadbir urus dipacu sebagai jaminan ke arah membangunkan Xinjiang sebuah wilayah yang harmoni, makmur dan maju dari segi budaya, dengan ekosistem yang baik dan masyarakat hidup sejahtera.

Xi Mahu Lihat Xinjiang Maju_fororder_1126544667_16011268391591n

Ujarnya, pentadbiran di sisi undang-undang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dalam segenap aspek kerja bagi memastikan ketenteraman yang berpanjangan di Xinjiang.

Beliau turut menegaskan bahawa Xinjiang perlu memanfaatkan kelebihannya dari segi geografi untuk membangunkan diri sebagai zon teras Jalur Ekonomi Jalan Sutera, sementara mengutamakan perlindungan ekologi.

张哲