Xi Utus Kawat Tahniah kepada Obiang

2020-10-15 11:58:55  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Equatorial Guinea, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo saling mengutus kawat tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi mengatakan, persahabatan China dan Equatorial Guinea bersejarah lama. Kedua-dua negara ini saling menyokong dalam isu-isu melibatkan keprihatinan dan kepentingan teras satu sama lain, selain mempergiat kerjasama pragmatik hingga membuahkan hasil cemerlang dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Obiang pula berkata, kedua-dua negara ini berganding tangan ketika menghadapi cabaran, mempertahankan multilateralisme, mengekalkan prinsip berdialog dan tidak campur tangan hal ehwal negara lain serta memelihara kepentingan bersama.

覃淼