Pengalaman China Beri Pelan Pemulihan Ekonomi Sejagat

2020-10-16 14:36:10  CRI
Share with:

Pengalaman China Beri Pelan Pemulihan Ekonomi Sejagat_fororder_1

Akhbar Financial Times Britain mengeluarkan rencana pengarang yang bertajuk "pemulihan ekonomi sejagat tidak seimbang" pada 13 Oktober lalu. Menurut rencana itu, pengalaman China dalam melawan pandemik COVID-19 memberikan jalan keluar yang terbaik bagi pemulihan ekonomi sejagat.

Pengalaman China Beri Pelan Pemulihan Ekonomi Sejagat_fororder_2

Ketika wabak itu tercetus di seluruh dunia, ekonomi dunia turut meleset. Walau bagaimanapun, sejak beberapa entiti ekonomi di Asia Timur termasuk China berjaya membendung penularan wabak itu serta mengamalkan dasar kewangan dan monetari yang lebih aktif, unjuran terhadap ekonomi dunia kini lebih optimistik berbanding dengan beberapa bulan yang lalu.

Pengalaman China Beri Pelan Pemulihan Ekonomi Sejagat_fororder_3

Laporan Unjuran Ekonomi Dunia yang diedarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 13 Oktober lalu mengunjurkan, ekonomi sejagat akan menguncup 4.4% pada tahun ini. Manakala, China akan menjadi satu-satunya entiti ekonomi utama yang mewujudkan pertumbuhan. Kadar pertumbuhan China diunjur mencatat 1.9%. Tetapi entiti ekonomi lain termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) yang masih gagal membendung wabak akan mengalami kemelesetan.

徐国玮