Pengalaman Pembasmian Kemiskinan China Patut Ditimba

2020-10-17 15:04:43  CRI
Share with:

Menjelang ketibaan Hari Bantuan Kemiskinan Negara China ke-7 dan Hari Membasmi Kemiskinan Antarabangsa ke-28, lebih 400 orang wakil parti, diplomat asing ke China, dan sarjana dari kumpulan pemikir dari lebih 100 negara menyertai simposium antarabangsa mengenai pembasmian kemiskinan dan tanggungjawab parti politik secara dalam dan luar talian.

Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China lebih empat dekad lalu, sebanyak lebih 800 juta rakyat China berjaya keluar dari belenggu kemiskinan, menyumbang lebih 70% daripada pembasmian kemiskinan di seluruh dunia. Sementara itu, jumlah petani yang miskin di kawasan luar bandar China berkurang daripada 98.99 juta orang pada akhir 2012 kepada 5.51 juta orang pada akhir 2019. Sebanyak lebih 10 juta orang secara purata setiap tahun mengatasi kemiskinan dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.

Para peserta simposium kali ini mengadakan perbincangan dan berkongsi pengalaman tentang pembangunan mampan, tugas penting bagi pembasmian kemiskinan di China dan pengurangan kemiskinan antarabangsa.

Duta-duta besar dari pelbagai negara berkata, pengalaman pembasmian kemiskinan China patut ditimba oleh negara-negara lain. Mereka berharap dapat mengadakan kerjasama dengan China dalam bidang tersebut.

徐国玮