PKC Kutip Pendapat tentang Cadangan Pembangunan Sosioekonomi

2020-10-31 13:39:09  CRI
Share with:

PKC Kutip Pendapat tentang Cadangan Pembangunan Sosioekonomi

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC) mengadakan satu simposium  baru-baru ini untuk mendengar pendapat dan saran yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh bukan anggota PKC terhadap cadangan tentang penggubalan Rancangan Lima Tahun ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan dan Wawasan 2035.

 Presiden China Xi Jinping pada simposium itu berkata, draf garis panduan Rancangan Lima Tahun ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan akan digubal oleh Dewan Negara berdasarkan cadangan yang baru dibahaskan dan diluluskan pada Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat penggal ke-19 PKC. Sebelum itu, tokoh-tokoh pelbagai parti demokratik, kalangan perindustrian dan perdagangan dan perwakilan bukan anggota parti diminta memperincikan kaji selidik, mengumpulkan maklumat sebenar, memaklumkan aspirasi masing-masing dan menyuarakan pendapat dari peringkat akar umbi supaya dapat menyumbangkan kebijaksanaan kepada usaha penggubalan Rancangan Lima Tahun ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan.

Petugas dari pelbagai parti demokratik dalam ucapan mereka menyanjung tinggi kemajuan yang tercapai dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-13 Pembangunan Sosioekonomi dan juga menyatakan persetujuan terhadap cadangan Jawatankuasa Pusat PKC ersebut.  

曹捷